welcome

Friday, December 3, 2010

tabahkanlah hatiku...

Knp abg selalu marah2 sekarang yerk???ape slh syg???syg sedih sgt2....erm...syg tkt pape terjadi pd hubungan kite...serius...syg risau sgt2 abg...Ya ALLAH,kau peliharakanlah hubungan yg telah lama kami bina serta pertahankn ini...kau jauhikanlah hubungan kami dari manusia2 durjana yang ingin merosakkan hubungan kami...sesungguhnya,jikalau ini ujian dari-Mu terhadap kami,kami mohon kau tabahkan lah hati kami untuk menghadapi dugaan ini....kau kuatkan serta teguhkan hati kami untuk melalui serta menempuh dugaan ini Ya ALLAH...aku memohon pada-Mu,agar,kami kekal selamnya....AMIN...

Monday, November 22, 2010

bersediakan aku??

Bersediakah aku untuk mejadi milik sepenuhnye Farid Bin Md.Ramli...lama juga aku memikirkannya sebelum aku memberikan jawapan kepadanya..

"Sayang,sudikah sayang menjadi suri hidup abg sepanjg masa??"

terpana aku seketika mendengar luahan hati kekasihku...sesungguhnya,itulah ayat keramat yang telah sekian lama aku menanti dari mulutnya...aku diam dah tersenyum...

"Org tua2 ckp,lau diam n senyum itu tandanye setuju....hihihihi..kita kawen yer syg??"

andainya dikau taw bagaimana bahagianya hatiku sebaik saja kau melafazkn kata2 itu...

tetapi,betulkah aku bersedia untuk berkahwin???YA!!aku bersedia sygku...tetapi,yg memusykilkan aku,bersediakah aku hidup memikul tanggungjawab sebagai seorg isteri???sudah bersediakah aku untuk menjadi isteri yang taat pada suami serta mithali???setelah sekian lama aku memikirkan nye...aku telah menemui jawapannye...YA!!syg bersetuju wahai kekasih hatiku....=)

* harap2...semuanyer berjalan dengan lancar...andai memang dia jodoh buatku,aku bersyukur serta terima dengan seadanye....aku akn mejadi isteri yg solehah serta mithali...moga ALLAH akan mempermudahkan segalanya...moga jodoh kami akan kekeal selamaya...AMIN!!!   

Memori Terhenti

Wajah Farhana Pucat. Lebih pucat dari dulu lagi namunsenyuman masih terukir dibibirnya. Ikhwan memandang gadis tersebut lalumenghadiahkan sebuah senyuman.
"Wan rasa Ana akan mati tak?" tanya Farhana lembut tapijelas kedengaran sendu dalam bicaranya.
"Semua orang akan mati Ana. Wan juga akan mati, mungkin hariini, esok atau lusa! Kita sendiri takkan tahu sebab ajal maut itu rahsiaAllah." Ujar Ikhwan cuba membina keyakinan pada gadis tersebut.
"Betul tapi Ana dah tahu yang Ana akan mati dan yang lebihmenyakitkan, segala kenangan yang Ana perolehi akan hilang sedikit demi sedikitdan Wan.... " Farhana menangis. Air matanya tidak dapat ditahan lagi.
".. dan mungkin Ana akan lupa siapa Wan dihati Ana nanti!"badannya terhenjut-henjut kerana menahan tangisan. Sapu tangan yang dihulurIkhwan diambilnya lalu dikesat air mata yang masih belum mahu berhenti.
"Kenapa Ana jadi selemah ini? Wan tak kisah jika suatu harinanti Ana akan lupakan Wan sebab bagi Wan cukuplah kalau Wan tahu yang Anacintakan Wan. Itu sudah cukup memadai dan Wan takkan minta lebih." Hatinyaterasa sebak. Namun dia cuba menahannya hanya kerana ingin menunjukkan dia kuatdidepan bakal isterinya itu.
"Wan, masih nak ambil Ana jadi isteri?" tanya Farhanatiba-tiba.
"Berapa kali..."
"Tolong  jawabsejujurnya Wan!"
"Ana, tak kira Ana berada dalam kondisi apapun, Wan tetapakan jadikan Ana sebagai isteri Wan yang sah. Wan janji!" ujar Ikhwanbersemangat. Walaupun beribu kali soalan ini diajukan padanya, jawapan yangdiberi tetap sama.

Ikhwan dan Farhana akhirnya menjadi pasangan suami isteriyang sah walaupun ramai pihak yang tidak yakin dengan keputusan mereka. BagiIkhwan, cintanya hanya kepada Farhana. Gadis yang sentiasa berada ketika susahdan senang. Sebelum ini, Farhana pernah jatuh cinta dengan seorang seniordisekolah mereka tetapi putus di tengah jalan. Ikhwanlah sentiasa memberisemangat kepada Farhana untuk terus maju kehadapan. Apabila Ikhwan pula yangmengalami kekecewaan, Farhana sentiasa memberi semangat dan rangsangan.Akhirnya, mereka berdua pula saling jatuh cinta. Hubungan mereka berjalandengan lancar sehingga mereka disatukan dengan ikatan pertunangan.
Namun langit tidak selalunya cerah, adakalanya ia akanmenjadi mendung dan mungkin juga akan mencurahkan hujan yang lebat ke atasbumi. Dua bulan yang lalu, Farhana disahkan menghidapi penyakit Alzheimer.Alzheimer merupakan sejenis penyakit berkaitan otak yang akan menyerang otakterlebih dahulu sebelum fizikal. Penghidap penyakit ini akan kehilanganmemorinya sedikit demi sedikit. Kondisi Ana juga amat membimbangkan sekarang.

Setelah berkahwin, Ana akan terlupa yang dia sedang memasak.Kadang-kadang dia akan terkencing tanpa disedari. Namun yang lebih menyakitkan,kadang-kadang Ana akan lupa siapa Ikhwan dalam hidupnya.
"Cantiknya replika rumah ni?" ujar Farhana dengan mata yangbersinar-sinar.
"Ana suka?" tanya Ikhwan sambil memandang wajah isterinyayang kelihatan pucat itu.
Farhana menganggukkan kepala sambil mengukir senyuman.
"Nanti abang buatkan satu untuk Ana." Janji Ikhwan.
"Betul ke?"
"Betul, pernah abang tipu Ana?" Ikhwan mengusap rambutisterinya dan menghadiahkan sebuah kucupan didahi isterinya mesra. Farhanamenutup matanya merasai kehangatan kucupan itu.
"Abang pergi dulu." Ikhwan sudah membuka pintu rumah,tiba-tiba Ana memanggilnya.
"Terima kasih Abang Is, Ana cintakan Abang." Ujar Ana tulustanpa menyedari dia telah melakukan satu kesilapan yang mengguriskan sekepinghati.
Ikhwan terpana tapi dia cepat-cepat menganggukkan kepalanyadan membalas kembali ucapan isterinya. "Abang juga cintakan Ana!"

Sudah setengah jam dia berada didalam bilik Dr. Hairi namunmasih belum kedengaran sepatah katapun yang keluar dari mulutnya.
"Sakit bukan?" akhirnya Dr. Hairi memecahkan kedinginan yangdicipta mereka.
Ihwan hanya mampu mengangguk. Peristiwa pagi tadi masih lagibermain difikirannya. Ingin sekali dia menjerit bahawa dia bukan Isman tapiIkhwan.
"Saya sudah beritahu kamu yang bukan sahaja isteri kamu yangperlu menyediakan mental dan fizikal tapi kamu juga perlu lebih kuat menempuhsemua ini." Tambah Dr. Hairi.
"Kadang-kadang saya rasa saya tak mampu. Setiap kali bilapenyakit tu menyerang dia, saya bagaikan orang asing. Masih belum ada penawarke bagi penyakit ini doktor?" Ikhwan mahukan kepastian. Dia bagaikan tidaksanggup lagi melihat isterinya seperti orang kebingungan.
Dr. Hairi hanya menggelengkan kepala. "Ubat yang saya bagihanya mampu melambatkan masa, tapi penawar yang sebenarnya masih belum kamitemui. Apa yang mampu saya sarankan, kamu banyakkanlah berdoa dan bersabar.Hanya Dia yang mampu menyelesaikan semua masalah kamu!" ujar Dr Hairi sambilmenepuk bahu Ikhwan. Ikhwan hanya mampu tersenyum pahit.

Ikhwan menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Terasa begitupenat tubuhnya yang terpaksa melayani seorang demi seorang pelanggan. Namun diatidak boleh mengeluh kerana ini adalah tugas dan tanggungjawabnya sebagaiseorang arkitek.
Tiba-tiba Farhana datang menghampirinya dengan wajah yangsukar ditafsirkan. Ikhwan menghadiahkan sebuah senyuman kepada isterinya.
"Abang, Ana minta maaf. Ana sudah sakitkan hati abang!" ujarFarhana sambil memegang tangan suaminya. Terasa sejuk dan terketar-ketar tanganFarhana yang begitu ikhlas memohon kemaafan.
"Kenapa ni Ana? Apa yang Ana sudah buat? Oh, Ana pecahkanpasu kesayangan abang tu yerk?" tanya Ikhwan yang kehairanan. Isterinya cumamenggeleng.
"Bukan? Habis tu? Oh, ataupun Ana sudah hilangkan cincinperkahwinan kita yerk?" Ikhwan masih berteka-teki. Namun reaksi yangditunjukkan isterinya menghampakan. Diam seribu bahasa.
"Tentang pagi tadi. Ana minta maaf sebab buat abang terluka.Maafkan Ana, Ana tak patut sebut nama Abang Is!" akhirnya yang terlerai jua apayang terbuku dihati Farhana. Dia tersedar bahawa dia sudah menyakiti hatisuaminya setelah mengucapkan kata cinta pada insan lain.
Ikhwan meletakkan jari telunjuknya kebibir isterinya sambilmenggelengkan kepala.
"Abang ingatkan apa, rupanya hal sekecil itu saja. Ana,abang pernah cakapkan yang abang tak kisah sebab walaupun mulut melontarkankata tapi tidak semestinya hati juga ingin membicarakan perkataan yang samabukan. Abang tahu yang Ana cintakan abang sebab itu abang pilih Ana jadi isteriabang. Sudah, jangan menangis." Ikhwan mengesat air mata isterinya dengan jari.Farhana akhirnya tersenyum walaupun air matanya masih belum mahu berhenti.
"Ana, abang laparlah!" ujar Ikhwan sambil menggosok-gosokperutnya yang rata itu. Farhana tersenyum lalu menarik tangan suaminya menuju kemeja makan.

Usai solat Isya' berjemaah dengan isterinya, Ikhwan terusmengambil ubat untuk diberikan kepada isterinya. Farhana tersenyum sendirianmelihat keprihatinan suaminya itu. Sesungguhnya dia berasa bertuah memilikisuami seperti Ikhwan. Namun dia khuatir Cuma dia sahaja yang berasa bahagia,bagaimana pula dengan suaminya? Adakah suaminya juga bahagia menanggung bebandengan mengurus isteri sepertinya? Farhana berteka-teki.
"Hey, isteri abang mengelamun apa ni? Tak nak kongsi ke?"ujar Ikhwan yang sedari tadi melihat isterinya termenung seperti mengalamimasalah.
"Hah? Tak ada apa-apa. Cuma..." kata-kata Farhana terhenti.
"Cuma? Cuma apa sayang?" Tanya Ikhwan sambil mengelus-elusrambut isterinya yang lembut itu.
"Abang, abang bahagia tak hidup dengan Ana?" tanya Farhanamemandang tepat kearah bola mata suaminya berwarna coklat cair itu.
Suaminya tidak bersuara hanya menganggukkan kepala lalumenghadiahkan sebuah senyuman yang cukup indah.
"Ana, dengar kata abang ni. Ana jangan pernah ragukan cinta abang.Abang cintakan Ana kerana Allah.  Anakena ingat itu." Ikhwan memeluk tubuh isterinya sudah mula mahu menangis.
"Terima kasih abang!" ujar Farhana bahagia.
"Esok nisfu sya'aban, kita puasa sama-sama ." Farhanamengajak suaminya bersama-sama menunaikan puasa sunat. Suaminya mengangguktanda setuju. Satu kucupan mesra singgah didahi isterinya.

Jam sudah menunjukkanpukul 3 petang. Ikhwan terpaksa pulang lewat kerumah kerana terlalu ramaipelanggan yang ingin bertemu dengannya. Lagipun hari ini dia berpuasa, takperlulah dia balik makan tengahari bersama isterinya. Kereta diparkir didepanrumah, ikhwan melihat isterinya berada dibuaian dengan muka yang sedih.
"Assalamualaikum. Ada orang tak kat rumah ni?" Ikhwan cubamengusik namun ternyata usikannya itu membawa kehampaan.
"Waalaikumussalam, kenapa abang balik lambat?" tanya Farhanamendatar.
"Oh, sebab itu Ana monyok yerk. Hari ini client ramai sangat nak jumpa suami Anayang kacak ni," Ikhwan menghampiri isterinya lalu dipeluk bahu isterinya danmereka bersama-sama masuk kedalam rumah.
"Bau apa yang sedap sangat ni?" tanya Ikhwan hairan.
"Bau makanan tengahari kitalah. Abang balik lambat sangatsampai sejuk semua lauk." Bebel Ana kepada suaminya sambil menghidangkankembali makanan ke atas meja.
"Ana, bukan ke kita puasa hari ini?" tanya Ikhwanteragak-agak.
Mangkuk ditangan Farhana terlepas. Prang! Pecah berderaimangkuk tersebut di atas lantai. Farhana terasa lemah lalu jatuh melutut.Ikhwan mendapatkan isterinya.
"Abang maafkan Ana, Ana lupa!" Farhana menangis. Begitumudah air matanya mengalir keluar.
"Tak apa Ana, abang faham. Ana masuk bilik dulu, biar abangyang kemaskan semua ini!" Ikhwan memimpin tangan Isterinya menuju kebilik.Farhana merebahkan dirinya ke atas katil.
Selesai mengemas semuanya, Ikhwan ingin bersiap-siapmenunaikan solat Asar. Dia masuk kedalam bilik dan terlihat isterinya masihduduk di atas katil. Dia menghampiri isterinya. Namun, kakinya terasa basah,air kencing Farhana sudah membasahi lantai bilik.
"Ana nak buang air ke?" tanya Ikhwan.
Farhana hanya mengangguk-anggukkan kepala. Dia sepetikebingungan.
"Tak apa, biar abang papah kebilik air yerk." Ikhwan memapahisterinya ke bilik air dan lantas memandikan isterinya yang sudah berbauhancing itu. Air kencing di atas lantai juga dibersihkan.

Badan Ikhwan terasa begitu penat kerana dia masih belummendapatkan rehat selepas pulang dari kerja. Dia mencari bayang isterinya yangtiba-tiba hilang. Tiba-tiba bau hangit menusuk kerongga hidungnya. Ikhwanpantas menuju kearah dapur.
Kelihatan asap sudah mula memenuhi ruang dapur. Ikhwanterlihat kelibat seseorang di dapur dan dia pasti itu isterinya. Pantas diamendapatkan isterinya yang masih belum mahu beredar dari situ.
Farhana batuk-batuk. Dia terlalu banyak menyedut asap. Wajahsuaminya ditatap dalam-dalam. Jelas terpancar riak kerisauan yang amat. Diajadi serba salah. Namun dia sendiri tidak mengingati apa yang berlaku. Cuma apayang dia tahu sekarang, dapur rumahnya hampir terbakar dan itu merupakanperbuatannya.
Farhana meraih tangan suaminya. Sejuk.
"Abang marah Ana?" tanya Farhana perlahan tapi yakin.
Ikhwan memandang isterinya dengan penuh kerisauan namunakhirnya dia tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Maafkan Ana!" air matanya mula mengalir namun tanpa sendu.
Ikhwan memeluk isterinya. Kepala farhana dilekapkan kedadanya. Setiap kali isterinya menangis, hatinya jadi gusar seperti dia yangtelah membuat kesalahan besar sehinggan isterinya mahu mengalirkan air mata.
"Abang tak marah. Abang tahu Ana tak sengaja." PelukanIkhwan makin erat. Sendu mula menyelubungi isterinya.
Tiba-tiba Farhana melepaskan diri dari pelukan. Diamemandang wajah Ikhwan dalam-dalam.
"Abang, lepaskan Ana!" satu permintaan yang bagaikan renjatanelektrik buat Ikhwan. Namun wajah Farhana begitu yakin.
"Ana, apa yang Ana merepek. Jom kita pergi rehat dalambilik." Ikhwan menarik tangan isterinya namun Farhana berkeras.
"Ana rasa ini yang terbaik. Sampai bila abang perlu terusterseksa sebab penyakit yang tiada ubat ni?" mata Farhana sudah bergenang airmata. Dia mungkin akan menangis lagi.
Ikhwan duduk di hadapan isterinya. Dia membelai-belai wajahisterinya.
"Cukuplah sampai hari ini Ana jadi beban untuk abang, Anasudah tak sanggup lagi. Tolong lepaskan Ana, Ana merayu!" akhirnya air matanyatumpah untuk kali kedua. Tangan suaminya dicium beberapa kali meminta sedikitkekuatan.
Ikhwan mengangkat wajah isterinya yang sudah lencun denganair mata. "Sejak bila Ana jadi beban untuk abang? Ana yang sentiasa memberiabang kebahagian setelah seluruh keluarga abang pergi tanpa pesanan. Ana nakragut balik kebahagiaan yang Ana bagi, itu buruk siku namanya!" Ikhwan terasamahu menangis tapi dia tidak akan sesekali menangis didepan isterinya. Dia mahujadi lelaki yang kuat didepan isterinya. Cukuplah isterinya seorang yangmengalirkan air mata, senjata bagi wanita.

"Ini ke yang dinamakan kebahagiaan? Ini satu penyeksaan buatabang. Ana tak mahu abang susah lagi, cukuplah selama ini abang berkorban. Satuhari nanti kita juga akan berpisah. Ana akan mati!" suara anak sedikit kuat.Cukuplah dia melihat penderitaan suaminya. Dia sudah tak berguna lagi. Diahanya menyusahkan hidup orang yang layak mendapatkan sebuah kebahagiaan danpastinya dia bukan orang yang dapat memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.

"Cukup! Abang tak nak dengar lagi. Abang dah kata banyakkali, ajal maut itu bukan ditangan kita. Selagi kita belum menghembuskan nafasterakhir, selagi itulah kita kena kuat untuk meneruskan kehidupan. Lelaki jenisapa abang ini yang sanggup melepaskan isterinya yang menderita dengan penyakitmacam ini? Ana nak orang anggap abang ini lelaki yang tidak bertanggungjawab?Kalau Ana kata Ana menyusahkan Abang, Ana ingat Ana takkan menyusahkan Ayah.Ayah dah berumur, sepatutnya kita yang menjaga dia bukan dia yang menjaga kita.Ana sayang, dengar kata-kata abang ini. Abang yakin dengan takdir abang yangAna diciptakan untuk abang. Apa yang penting sekarang, kita hendaklah salingmembantu. Cukuplah yang abang dah ada Ana, jika sampai satu saat kalau abangsudah tak mampu, abang akan melepaskan Ana dengan cara yang paling baiksekali." Ikhwan mencium isterinya dan pantas meninggalkan isterinya sendirian.Akhirnya air mata lelakinya gugur jua.

Peristiwa semalam bagaikan tidak berlaku antara mereka. Rutin hidup mereka diteruskanseperti biasa. Selesai makan tengahari, mereka berehat diruang tamu sambilmenonton televisyen. Ikhwan menarik isterinya untuk duduk rapat bersamanya.
"Hari ini kita main satu permainan, nak tak?" tanya Ikhwansambil melemparkan senyuman kepada isterinya.
"Apa dia?" Farhana ingin tahu.
"Permainan motivasi. Macam ni, Ana genggam kedua belahtangan Ana dan lihat ibu jari belah mana yang berada di atas?" farhana mengikutarahan suaminya.
"Ibu jari kiri."
Ikhwan tersenyum. "Patutlah, Ana ni seorang yang berfikirannegatif."
"Kenapa pula? Habis tu abang?" Farhana tidak puas hati.
"Abang ibu jari kanan, seorang yang berfikiran positif.Memang layaklah untuk abang." Ujar Ikhwan sambil tersengih.
"Angkat bakul sendiri, boleh percaya ke ni?"
"Abang pun tak pasti, tapi pakar motivasi yang buat kajian. Satulagi perkara yang mereka kaji, orang yang bongkok merupakan seorang yang gilaseks. Jadi Ana kena jaga-jagalah nanti." Sempat lagi Ikhwan berpesan dengansungguh-sungguh.
"Yeke? Kalau macam tu, orang tua yang bongkok semua tu gilaseks lah?" tanya Farhana selamba.
Ikhwan mencubit pipi isterinya yang cuba mempermainkannya."Oh, nak main-mainkan abang yerk!"
"Mana ada, tapi bagi Ana fizikal seseorang takkanmembuktikan dalaman seseorang. Semuanya berbalik kepada hati masing-masing.Dunia inikan bagai pentas lakonan dan kitalah pelakonnya." Ujar Farhanasungguh-sungguh.
Ikhwan tersenyum sendirian mendengar celoteh isterinya. Dia bahagia.

Panggilan yang diterimanya sebentar tadi sungguhmengejutkan. Pantas dia meninggalkan pelanggannya yang terkebil-kebilsendirian. Pagi tadi, Farhana ingin sekali pergi kerumah ayahnya dan Ikhwansendiri yang menghantar. Tapi baru sebentar tadi ayah menelefon yang Ana sudahdibawa ke hospital. Jantungnya berdegup kencang. Hatinya risau bukan kepalang.'Ya Allah, selamatkan isteriku.'
Sudah seminggu isterinya tidak sedarkan diri. Kata Doktor, Farhanasudah tiada harapan. Hanya doa saja yang mampu menyembuhkan isterinya. Setiaphari dia akan menunaikan solat hajat, memohon dari Allah agar memberi kesembuhanpada isterinya. Sekarang Farhana bergantung kepada mesin untuk bernafas.
"Wan, macam mana keadaan Ana?"  ayah mertuanya baru sahaja sampai setelahsama-sama menjaga isterinya semalam.
"Masih macam tu, masih belum ada perkembangan ayah!" ujarIkhwan lemah.
"Ayah, rasa sudah sampai masanya Wan lepaskan Ana!" Ikhwanterkejut mendengar bicara ayah mertuanya.
"Maksud ayah?" tanya Ikhwan.
"Maksud ayah bukan menceraikan Ana, tapi melepaskan Anapergi. Sampai bila kita hendak mengharapkan mesin itu untuk terus melihat Anabernafas. Kita seperti menyeksa dia, biarlah dia pergi dengan tenang. Ayahsudah tak sanggup lagi!" ayah mertuanya menangis dan itu kali kedua dia melihatlelaki tua itu menangis selepas majlis akad nikahnya dengan Farhana.
"Tapi Ikhwan tak sanggup ayah! Ikhwan sayangkan Ana!" rintihIkhwan.
"Sayang bukan bermaksud kita perlu sentiasa bersamanyasemasa hidup. Tapi sayang itu sentiasa dihati walaupun mereka telah pergi. Ayahrasa mungkin sudah masanya Ana pergi. Ayah sendiri pun tidak tegar kerana sejakdari Ana bayi lagi ayah menjaganya sendiri. Ibu Ana pun meninggal sebabpenyakit yang sama. Lepaskanlah Ana!" ayah mertuanya menepuk bahunya danmeninggalkan menantunya bersama dengan anaknya untuk terakhir kali.

Ikhwan menatap wajah isterinya dalam-dalam supaya wajah itutidak luput dalam ingatan. Rambut isterinya dielus-elus. Ikhwan mendekatkanmulutnya ke telinga isterinya.
"Abang harap Ana dapat dengar suara abang. Abang cintakanAna kerana Allah dan abang lepaskan Ana sebab abang tahu Allah lebih menyayangiAna lebih dari abang. Abang pernah kata yang abang akan lepaskan Ana apabilasampai satu saat abang sudah tidak mampu bersama Ana, pergilah sayang. Abangredha!" Ikhwan membisikkan dua kalimah syahadah ditelinga isterinya. Sebakhatinya dan terlalu perit untuk ditelan. Akhirnya kedengaran mesin berbunyipanjang menandakan Ana sudah tiada lagi.
Tiada air mata yang tumpah cuma kedengaran bacaan ayat sucial-Quran berkumandang didalam bilik pesakit yang bernama Farhana binta Roslan.
17 OGOS 2010
TAMAT...

Kenapa hantaran kahwin sekarang mahal?

Sebab :

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya… berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya… lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek… semacam jer – ( tak lah ni tipu..mana der…:o) )

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang berbual antara family lelaki je) :D

1. “Eh! Nak meniaga anak ke pe?”  Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. “Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je.”
3. “Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan.”
4. “Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je.”
5. “Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”
6. “Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?”

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. “Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet.
2. “Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.
3. “Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.
4. “Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je.”
5.”Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.”
6. “Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin.”

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :

1. “Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler.”
2. “Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler.”
3. “Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah sgt nih?”

hehe~

Surat Buat Bakal Suamiku..

 Kadang kala dalam sesebuah perhubungan itu ada sesuatu yang tak mampu diungkap. Samada perlu difahami sendiri atau perlukan pengalaman bagi memahaminya. Kadangkala sesuatu nampak remeh di mata lelaki tetapi besar ertinya di hati wanita.


Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita pantang ditegur kekurangan diri walhal mereka kemudian nya menyedari kebenaran itu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita cukup benci kepada sikap bongkakmu, kata-kata manismu dan egomu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu cukup sensitif hati dan perasaan nya. Lebih baik terus diam daripada berkata andai kata-kata itu mampu melukakan hatinya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita rasa cukup bahagia andai kamu bersedia berjumpa kedua ibu bapanya bila-bila masa.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan rasa selamat di samping mu andai kamu sentiasa menjaga pandangan mu dan tingkah laku mu.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan merasakan kamu lah pembimbing terbaik nya andai kamu berani dan mampu menegur memperbetulkan kesalahan dalam perbuatannya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan menadah tangan penuh kesyukuran tatkala mendengar kamu mengetuai bacaan doa-doa harian.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mampu menitis kan mata kesyahduan dan penuh syukur andai kamu berkesempatan mengimami sembahyang berjemaah.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita mampu cair mendengar kelunakan kamu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan berasa cukup bahagia andai kamu sering mendahulukan ibumu dan keluargamu dari segalanya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan mencintai kamu andai kamu mencintai sepenuhnya agamamu, mencintai keluarganya dan keluargamu, hormati keluarganya dan keluargamu tanpa menyakiti hati mereka.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan merasakan dirinya lah yang paling cantik dan indah andai kamu menerima dirinya seada nya.

Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mahukan seorang LELAKI sebagai suaminya. LELAKI yang mampu membawa nya ke jalan yang benar. Membawanya semakin dekat kepada Allah. LELAKI yang bakal mengimami solat jemaah mereka sekeluarga. LELAKI yang akan mengetuai bacaan doa-doa harian. LELAKI yang mampu menjawab segala kemusyikan anak-anak kelak. LELAKI yang mampu mengawal keluarga. LELAKI yang mengenal erti tanggungjawab dan akhirnya LELAKI yang mampu menjadi idola kepada setiap bapa-bapa.

[10 Sifat Calon Suami Yang Baik]

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

* p/s to  FARID BIN MD.RAMLI : hihihihihi...abg,adakah ciri2 nie???harap2 ader k...insyaallah...love u...

ayat selepas kahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..